Menteri Besar Perak YAB Dato Seri Ir Nizar Jamaluddin akan bersama-sama rakyat di DUN Changkat Jong, Teluk Intan. Berikut adalah jadual dan atur cara majlis yang akan di adakan:

27 April 2009 (ISNIN)

1. Majlis Mesra Bersama Rakyat

Masa : 4.00 – 7.00 petang
Tempat : Pekarangan Masjid Kg. Sungai Samak
Acara :
– Pameran Kesihatan, Pemeriksaan Kesihatan Percuma.
– Jamuan minum petang rakyat bersama Dato’ Seri Haji
Nizar
– Ucapan dan dialog bersama Dato Seri Haji Nizar

2. Majlis Kenduri Kesyukuran Sempena Kemenangan PRK Bukit Gantang

Masa : 8.00 malam
Tempat : Markaz PAS Cawangan Kampung Bahagia, Teluk Intan
Acara :
– Ucapan Dato’ Seri Haji Nizar
– Jamuan bersama rakyat

3. Ceramah Perdana

Masa : 9.30 malam
Tempat : Markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kg. Padang Tembak
Penceramah :
1. YAB Dato’ Seri Haji Nizar
2. YB Datuk Ngeh Koo Ham
3. YB Haji Zainuddin Yusuf
4. YB Hj. Anuar Sudin
5. Sdr. Mohamad Hashim

Sebagai rakyat Perak yang bencikan RAMPASAN KUASA, marilah kita beramai-ramai menghadirkan diri beserta keluarga sebagai tanda sokongan padu kepada Kerajaan Pakatan Rakyat.

tok-guru-nik-aziz

9 April 2009
YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak
30000 IpohPERAK DARUL RIDZUAN.

Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera.

Yang Berhormat,

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.

Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya.

Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah danngakorminginsiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.

Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana.

Marilah kita sama-sama ke sana.* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *

(TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)
Menteri Besar Kelantan
MerangkapMursyidul Am PAS

DUNAPRIL 18 — Saya sedar ramai yang ingin tahu kesan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu yang memutuskan bahawa keputusan V.Sivakumar, Speaker Perak menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya hadir di DUN Perak selama 18 bulan dan 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

Ramai yang bertanya saya adakah keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam exconya kini boleh menghadiri sidang DUN Perak?

Jika kita melihat kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar pro-Umno seperti Utusan Malaysia (April 17) mereka dengan tidak bertanggungjawab menyatakan bahawa Zambry dan enam exconya kini dibenarkan menghadiri sidang DUN Perak yang mungkin akan diadakan dalam masa terdekat.

Sebagai salah seorang peguam yang terlibat dalam kes tersebut, saya menasihati rakyat agar tidak terkeliru dengan kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar Umno tersebut. Banyak yang mereka sembunyikan dan tidak jelaskan tentang apa yang sebenarnya berlaku di Mahkamah Persekutuan pada tarikh tersebut.

Marilah kita mulakan dengan melihat apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya di dalam saman yang mereka kemukakan ke atas Sivakumar di Mahkamah Tinggi dan kemudiannya didengar di Mahkamah Persekutuan.

Sebenarnya Zambry telah memohon sepuluh (10) perintah Mahkamah dan dari sepuluh perintah tersebut Mahkamah hanya membenarkan dua (2) perintah sahaja. Dua perintah yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah seperti berikut:

Pertama, perintah membatalkan keputusan Sivakumar yang menggantung dan melarang Zambry hadir di DUN Perak selama 18 bulan.

Kedua, perintah membatalkan keputusan Sivakumar yang menggantung dan melarang enam exco Zambry untuk hadir di DUN Perak selama 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

Lapan permohonan Zambry tidak dilulus Mahkamah.

Itu sahaja dua perintah yang Mahkamah Persekutuan benarkan pada 16 April lalu. Tidak lebih dari itu. Apa sahaja kenyataan dari peguam Umno selain dari dua perintah tersebut bukanlah perintah Mahkamah sebaliknya adalah kenyataan mereka yang tidak berasas.

Memandangkan Mahkamah Persekutuan hanya membenarkan dua perintah di atas, adalah jelas Mahkamah tidak membenarkan lapan (8) perintah lain yang juga dipohon oleh Umno dan dihujahkan oleh para peguam Zambry dan pasukan peguam Sivakumar.

Apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya tetapi tidak dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan? Mari sama-sama kita saksikan lapan perintah yang TIDAK DIBENARKAN tersebut.

Meskipun peguam Umno berhempas pulas dan bermati-matian berhujah, Mahkamah Persekutuan TIDAK MEMBENARKAN perintah-perintah berikut:

1. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar (defendan pertama di dalam kes tersebut) menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang DUN selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

2. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry menghadiri sidang DUN selama 18 bulan adalah menyalahi undang-undang.

3. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Plaintif ke-2 hingga Plaintif ke-7 (enam Exco) menghadiri sidang DUN selama 12 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

4. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang enam Exco menghadiri sidang DUN selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang.

5. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Zambry dan enam Exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang DUN dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka di dalamnya.

6. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa DUN Perak adalah tidak terikat dengan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya menghadiri sidang DUN Perak.

7. Perintah untuk mengisytiharkan bahawa DUN Perak adalah tidak terikat dengan apa-apa arahan, perintah dan/atau petunjuk Sivakumar yang berbangkit daripada atau berhubung dengan keputusan Sivakumar yang bertarikh 18 Februari, 2009.

8. Perintah-perintah, perisytiharan dan/atau relif lain yang difikir suaimanfaat oleh Mahkamah. Sekali lagi saya ingin tegaskan di sini bahawa lapan perintah di atas yang Zambry dan enam exconya pohon TIDAK DIBENARKAN oleh Mahkamah Persekutuan.

Atas dasar itu jika peguam Umno atau akhbar pro-Umno mengatakan bahawa Zambry dan enam exconya boleh menghadiri sidang DUN Perak, jelas kenyataan itu bukan datang dari mana-mana perintah Mahkamah sebaliknya ianya hanya kenyataan tidak berasas dari peguam Umno dan akhbar mereka.

Kenyataan tersebut tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi undang-undang. Rakyat tidak perlu melayan kata-kata mereka yang dibuai khayalan tersebut.

Bagaimanakah Umno boleh mengatakan keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam Exconya boleh menghadiri sidang DUN Perak sedangkan Mahkamah dengan secara jelas tidak membenarkan perintah yang mereka pohon iaitu perintah bahawa Zambry dan enam exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang DUN dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka dalamnya.

Kalau perintah tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan barulah mereka boleh mengatakan Zambry dan enam exconya boleh ke sidang DUN Perak.

Saya harap penjelasan di atas sedikit sebanyak dapat menjelaskan bahawa apa yang Umno kata di media massa adalah tidak menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku.

Sivakumar masih Speaker dan beliau masih berbisa. Jika Umno terus mengeluarkan kenyataan mengelirukan tidak mustahil mereka mungkin akan dipatuk oleh Sivakumar dan saya percaya patukan selepas ini akan membuat Umno menderita lebih panjang.

Saya juga ingin tegaskan di sini apabila Zambry dan enam exconya membawa kes mereka di Mahkamah dengan mencabar keputusan Sivakumar sebagai Speaker yang sah, mereka mungkin tidak sedar bahawa mereka sedang melakukan satu kesalahan kerana mendedahkan dokumen-dokumen rasmi DUN Perak tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Sivakumar sebagai Speaker.

Marilah kita sama-sama tunggu dan lihat apakah yang berlaku selepas ini. — Harakahdaily.net

“Hilmi” Hubungi Saya Sebelum Kes Elizabeth Selesai

hilmi-malekMulanya saya tidak bercadang untuk mengonsgsikan kisah ini. Tetapi apabila kerajaan Selangor mengumumkan menawarkan semula jawatan Exco dan Adun Bukit Lanjan kepada Elizabeth Wong tengah hari tadi saya rasa perlu dipostingkan untuk kisah ini sebagai kenangan. Lagipun Elizabeth juga dilaporkan bersedia untuk kembali bertugas memegang jawatan Exco dan Adun Bukit Lanjan, mulai esok.

Kisahnya begini: Jam 1:13 pagi (malam tadi) saya menerima satu panggilan dari lelaki misteri. Dia tidak memperkenalkan namanya cuma memberi klu, “saya orang yang dicari orang seluruh Malaya waktu ini,” katanya mengejutkan saya. Saya lantas menebaknya dengan berkata; Ini Hilmi Malik (foto) ke?, telah saya. “Iya, abang kenal saya! Abang ingat tak saya kita pernah jumpa dan bercakap-cakap suatu masa dulu,” ceritanya mengembalikan ingatan saya.

Timbul juga rasa ragu dalam diri siapakah pemanggil ini sebenarnya. Panggilan jam 2:00 atau 4:00 telah menjadi kebiasaan bagi saya. “Dimana ya?, tanya saya ingin kepastian sambil terus berfikir mencari-cari sendiri. Timbul juga di kepala takut pemanggil itu menyamar dan mahu mengorek sesuatu dari saya. Selalunya tidak ada lain yang diingatkan, melainkan polis.

“Kita pernah berjumpa di Taman Melewar, lama dulu. Kita pernah bercakap dan abang berikan saya bisnes kad. Saya juga sering baca buku-buku abang. Ketika itu abang baru terbitkan buku Hitam Putih Darul Arqam. Saya bertanya abang mengenai buku berkenaan. Ingat?” tanyanya. Saya tidak teringat langsung kenangan itu. Tetapi memang saya ada terbitkan buku yang disebutkan itu pada tahun 2004.

Maknanya dia bertemu saya kira-kira lima tahun lalu. “Di mana ni? Saya mahukan kepastian, ingat dia sudah berada di tanah air. “Saya di Indonesia bang!’, jawab ikhlas. Saya mahu tengok nombor telefon, tetapi kerana lampu ketika itu sudah tutup, jadi saya biarkan saja. Tenguk kemudian.

Saya mempercayai kalau dia memanggil dari Indonesia. “Hilmi” banyak hendak bercerita malam tadi tetapi agak gugup untuk memulakan di mana. Mulanya dia mengakui apa yang saya posting dalam blog sebelum kisah gambar bogel Elizabeth itu tersebar luas. Dalam posting itu saya mendedahkan secara samar yang Exco Selangor ada skandal. “Saya mengakui apa yang abang tulis itu betul. Skandal itu melibatkan saya dengan Elizabethlah…” begitulah kira-kira tuturnya. “Tetapi apa yang sebenarnya berlaku banyak orang tidak tahu, bang,” katanya. “Apa sebabnya yang berlaku?, tanya saya jadi semakin berminat dan yakin pemanggil itu adalah “Hilmi’. “Inilah saya nak cerita yang sebenar kepada abang, biar abang tahu dan abang boleh tulis dalam blog,” dia memulakan bercerita.

Malangnya percakapan tenggelam timbul, ada kalanya jelas ada kalanya tenggelam terus. “Saya rasa bersalah atas apa yang berlaku sekarang ini, bang. Saya tidak tahu nak buat macam mana. Gambar yang dikatakan bogel itu sebenarnya saya tidak tahu gambar mana dan datang dari mana,” katanya. “Sapa yang tangkap gambar itu?” tanya saya. “Saya tidak tahu… tetapi…. (tenggelam), telefon saya hilang secara misteri. Mungkin gambar berkenaan ada dalam telefon saya,” jelasnya tanpa hujung pangkal.

Menurutnya beliau ada menceritakan perkara ini kepada beberapa pemimpin Keadilan. “Saya ada jelaskan kepada beberapa pemimpin Keadilan, dia kawan saya juga, kami selalu berhubung” ceritanya. Menurutnya kawannya itu memahami apa yang berlaku. “Bila sebenarnya you berpisah dengan, Eli?” soal saya. “Baru… bulan Februari saya masih lagi berhubung dengannya,” jelasnya. “Kenapa you tidak balik?” acah saya. “Saya tahu kalau saya balik saya akan ditangkap. Jadi untuk menjaga parti, kita sayang parti, kalau saya kena tangkap saya akan dibawa ke seluruh negara untuk mencerita perkara sebenarnya.

Kalau ini berlaku parti akan cemar dan kotor,” kata “Hilmi” semacam bersimpati dengan nasib yang dialami oleh Keadilan dan Elizabeth Wong. “Jadi apa yang you nak buat sekarang,” tanya saya. Sampai di sini telefon tiba-tiba putus. Saya menanti beberapa minit takut ada call balik. Tetapi tidak ada sampailah ke saat ini. Saya tidak dapat memastikan apakah dia benar-benar Hilmi! Nombor telefon yang tertera di skrin telefon saya mempunyai sebelas digit dengan kod awalnya 015. Saya tidak pasti apakah 015 itu nombor dalam negara atau luar negara.

Daripada apa yang dapat saya rumuskan dari perbualan tengah malam itu, Hilmi semacam merasa bersalah dengan apa yang berlaku. Dia juga semacam kesal atas nasib yan dialami Elizabeth. Dia cuba membayangkan dia tidak bertanggungjawab menyebarkan gambar berkenaan dan ada pihak yang sengaja memerangkapkannya. Dia juga semacam buntu untuk menyelesaikan masalah yang ditanggungnya itu. Bagaimana pun apa yang terus menjadi persoalan saya, sekiranya beliau tidak bersalah kenapa beliau harus melarikan diri dari buruan polis? Kalau benar yang bercakap semalam Hilmi saya merayu agar beliau menyerahkan diri dan usah berselindung lagi. Ke mana sdr hendak melarikan diri, dunia ini terlalu sempit bagi mereka yang dikejar bayang-bayang kesalahan! [wm.kl. 9:00 pm 16/04/09]

Kata MSO

Hari pertama saya di P056 Parliment Bukit Gantang, dalam perjalanan dari Pantai Remis Ke Sungai Tinggi. Terpandanglah sesuatu yang tidak kena dengan bendera PAS yang berkibaran ditiup angin kencang.  Sekali imbas ternampak bendera ini agak pelik, lalu berpatah balik dan dapatlah diambil gambar ni.

Ini tentulah kerja tangan-tangan gatal yang hatinya terlalu sakit melihat bendera PAS berada di sepanjang jalan berkibar dengan megahnya.

p056

Bendera PAS Dibakar Di Bukit Gantang

1. As far as the Creator (whose proper name is Allah) is concerned, you will be able to identify Him and get to know Him, His role and your relationship to His names, you will be able to communicate with Him any time, 24 hours a day, throughout the whole year. As a result of this category, you will be able to know your origin, your roots and the wisdom as to why you are on this planet. You will be able to have good answers to the questions why, how, when, where, what and other philosophical questions.

2. As a result of the first benefit, your loyalty, allegiance, and obedience will be to the Creator himself. You will transcend yourself from all types of allegiance for this world. This means that if there is a conflict of interest between your boss, your job, your government, your system or any worldly relationship with the Creator, you will undoubtedly put your trust in Allah, the Creator of the universe. You will follow Him before you follow anyone else.

3. As a result of the second benefit, you will be able to acquire peace, harmony, tranquility and happiness within yourself, with your family, with people of the world, with the environment and with the universe. One has to remember that the source of peace is Allah, and one of his beautiful names is that He is The Peace.

4. As an endorsement to the third benefit, you will get rid of the extra electrostatic charges from your brain and the central nervous system by performing the daily Salah. Through Salah, you are to prostrate by putting your forehead to the floor; and as such are grounding yourself, and you are discharging these extra charges into the ground. As a result of this act, you will get rid of many of the neurological diseases from your body.

5. As a result of the fourth benefit, you will acquire a pleasant personality. You will be friendly and amicable. You would not need to drink alcohol, to use drugs or to get involved in vulgarity or immorality.

6. Through the experience of fasting in Islam, you will be able to have self-control, self-restraint, self-discipline, self-education, self-evaluation, and self-obedience to Allah the Creator. You undoubtedly will be able to improve health, personality, character, and behavior.

7. As a result of the sixth benefit, you will be able to control your lusts, selfishness, desires, greed, ego, and conceitedness.

8. Another side reaction of the sixth and seventh benefits is that you will be generous and hospitable; you will try to purify yourself and your mistakes by sharing your happiness and your wealth with those who are less fortunate than you. Your rewards will manifold, compounded daily until the Day of Judgment.

9. By performing pilgrimage to Makkah, you will transcend yourself from being nationalistic, sectarian, or denominational into being universal. You will be part and an essential constituent of the rainbow of Islam. You will be also part of the brotherhood of Islam with those who already submitted themselves to the Creator. At the same time, you will get rid of any inferiority or superiority complexes. You will also find yourself in synchrony and harmony with all the prophets and messengers of Allah since the creation of Adam and Eve until the last final messenger to mankind, prophet Muhammad (pbuh). While in Makkah, you will be able to visit the places of revelation of the Quran as well as the places visited by prophet Abraham and members of his family such as Hagar and Ishmael. You will visit the place where the first astronauts, Adam and Eve landed on earth.

10. In becoming a Muslim, you will do your best to stop all types of exploitations in all their forms: economic, biological, mental, spiritual, psychological, political, etc.. You will also work to liberate people and give them freedom of worship, freedom of speech, and freedom of expression. You will be a leader and help lead people to peace, tranquility and happiness.

11. In accepting Islam, you will help to reduce all types of social ills in the society: juvenile delinquency, child abuse, domestic abuse, incest, homosexuality, sexual promiscuity, premarital relationships, extramarital relationships, and other vices.

12. As a result of the eleventh benefit, you will reduce and eliminate venereal diseases, AIDS, and other diseases of similar nature in the society.

13. Finally, when you die, you will die at peace. You will have a happy life in the grave and later, eternal happiness. Angels at the time of death will comfort you. They will also show you your place in paradise. On the Day of Judgment, you will be able to see and meet all the prophets and messengers of God to mankind including Noah, Abraham, Moses, Jesus, and Muhammad. You will be able to see and meet any and all of your friends and relatives. You will live an eternal life of bliss in paradise.

Reflections:

The benefits mentioned above and many more cannot be purchased with money anywhere in the world. No one is to sell them to you or to advertise them on TV. You have to take the initiative yourself and try to acquire them by accepting Islam first and then by practicing its teachings. You should be honest with yourself, sincere, and truthful to the Creator. You should try wholeheartedly to practice what you believe, regardless of whether someone else is good or not While seeking happiness is a must, it should not be measured with other people’s standards or with material gains. Happiness is from its potential to its kinetic forms. People around you should feel your happiness as well as benefit from you.

Are you ready to accept this challenge today? Remember, tomorrow may not come, and it will be too late?

By: Ahmad H. Sakr, Ph.D
Source: http://www.islamdoor.com

Tidak ada perkataan lain yang keluar dari mulut muslimat PAS apabila dimarahi semasa merayu undi melainkan Ya Allah, Ya Allah……

Alangkah angkuhnya manusia ini, dengan sombongnya menghalau muslimat yang sedang meraih undi.

Allhahuakbar!!! Allahhuakbar!!! Allahhuakbar!!!

Berada di Taiping pada hari penamaan calun adalah amat membahagiakan. Kami bergerak dari rumah seawal jam 4 pagi. Sampai saja di Air Kuning kami bertemu dengan convoi yang datang entah dari mana, jam dah hampir subuh. Singgah di masjid beramai-ramai tunaikan solat subuh.

Di masjid tu dah ramai orang, yang bermalam di situ pun ramai. Sempat bertaaruf, ada yang datang dari Pontian!! Sejauh itu, semata-mata hendak memberikan sokongan padu kepada calun PAS.

Selsai solat kami bergerak ke Taman Tasik. Di sana dah menanti bihun sup…. pekena dulu! perut pun dah lapaq kata org Taiping.

Selesai… penyokong makin ramai.  Jam 8 pagi bergerak ke padang di hadapan Bangunan Majlis Daerah tempat BERTEMPUR…..

Malas nak cerita panjanglah tengok saja video klip ni.

April 2024
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  
tahniah_ds_nizar1

Kanak-Kanak Hilang-Klik Gambar

idah1

Anda Boikot? Klik Banner

3188056878_645fe8a6fa