You are currently browsing the category archive for the ‘peristiwa’ category.

Peristiwa hari ini mencatatkan Ketayap Putih memenuhi ruang Dewan Perbandaran Teluk Intan Bandar Baru Teluk Intan. Suasana meriah dengan pakaian dan hiasan pentas yang berwarna-warni kecuali ketayap yang tidak bertukar dari warna putih.

Inilah pertama kalinya Ketayap Putih (pada hemat saya) mengadakan Mesyuarat Agongnya di sebuah dewan berhawa dingin yang indah setelah 35 tahun bermesyuarat di Markaz PAS Kampung Padang Tembak yang serba kekurangan.

Walaupun alat penghawa dingin tidak berfungsi sehingga kira-kira jam 12.00 p.m. tidak seorang pun yang bangun membuat “komplen” secara terbuka. Mungkin kerana tidak sedar alat penghawa dingin tersebut tidak berfungsi.  Atau orang PAS dah memang biasa berpanas berhujan jadi mereka tidak kisahkan itu semua.

Antara acara yang menarik dalam Mesyuarat Agung kali ini ialah penyampaian sijil peghargaan kepada pejuang-pejuang Islam yang telah memberikan sumbangan yang bukan sedikit kepada PAS Teluk Intan khususnya dan Parti Islam Semalaysia amnya.

Penyampaian dilakukan oleh YB Dato Mahfuz Omar, Ketua Penerangan PAS Pusat.

Mereka telah berkorban harta benda dan tenaga serta akal fikiran dalam usaha menjadikan PAS sebagai sebuah parti yang berpengaruh seperti sekarang.

Mudah-mudahan kekuatan dan pengaruh ini akan semakin ditingkatkan dengan meneroka “pasaran” baru seperti yang disebut oleh YB Dato Mahfuz.

Kalau dulu PAS hanya bergelut untuk berdakwah dan memenangi hati pengudi Melayu, tetapi dalam era baru ini PAS mesti mengambil kesempatan yang semaksima mungkin memenangi “market” baru ini, kerana mereka telah menunjukkan minat yang sangat baik untuk mendalami Islam.

Ini ditunjukkan oleh kepimpinan bukan Islam yang secara terbuka mengkaji dan berhujah dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran. Walaupun pada suatu masa dahulu mereka sangat fobia dengan Islam lebih-lebih lagi PAS. (Saya kira inilah yang dimaksudkan oleh Tuan Guru Nik Aziz dalam setiap ceramahnya, Islam boleh dipimpin oleh siapa sahaja tidak kira bangsa)

Perkara ini juga disentuh oleh salah seorang perwakilan yang memohon supaya ahli-ahli PAS membuka minda seluas-luasnya dan tidak  meletakkan tanggungjawab membuat keputusan hanya kepada AJK dan kepimpinan semata-mata.  Sebenarnya yang “Super Power” dalam sesuatu organisasi ialah ahli-ahli bawahan yang boleh diserlahkan dalam Mesyuarat Agong.

26-4-2009-1-47-47-am_04272

26-4-2009-1-55-10-am_0439================================================================================

Dalam ucapan penanguhan, wakil Kelab Penyokong PAS Teluk Intan telah memberi pujian kepada PAS amnya dan YB Anuar Sudin khususnya kerana mengambil berat akan hal ehwal kebajikan masyarakat di DUN Changkat Jong. Bagi mereka bukanlah bantuan wang ringgit yang menjadi keutamaan, tetapi kesediaan YB Anuar turun padang bersama rakyat marhain itulah yang menyentuh hati mereka.

26-4-2009-12-19-43-am_0374

Juga menyentuh hati YB

26-4-2009-12-57-40-am_04051

Ya Allah menangkanlah Islam… Amin….,

26-4-2009-2-00-40-am_0455

Advertisements

25-4-2009-10-54-28-pm_03351

YB Anuar Sudin ADUN Changkat Jong

 

25-4-2009-11-16-07-pm_03542

25-4-2009-11-16-15-pm_03551

Saf Kepimpinan PAS Kawasan Teluk Intan

  26-4-2009-12-33-37-am_0384

 

Dewan Muslimat

  

26-4-2009-12-33-08-am_03811

 

Dewan Pemuda

 

25-4-2009-11-00-44-pm_0348

26-4-2009-12-33-52-am_0385

25-4-2009-11-48-01-pm_0365

26-4-2009-1-03-38-am_0416

Para Perwakilan

 

26-4-2009-1-57-00-am_0447

26-4-2009-2-01-01-am_0457

 

 25-4-2009-10-50-30-pm_03241