3188056878_645fe8a6fa

Lihat pada gambar di atas, betapa bersungguhnya insan yang merekacipta banner tersebut.  Untuk membuat banner sebegini rupa bukanlah mudah.

Banner ini terdapat di mana-mana saja terutama di blog-blog pejuang-pejuang Islam.

Tapi anda sebagai pembaca hanya melihat… dan berlalu pergi……

Tanpa ada sedikit pun niat untuk menyahut seruan memboikot barangan Israeil atau barangan yang ada “related” dengan Israeil.

Begitukah lemahnya kita?

Kita masih ada rasa iri hari dan dengki jika melihat peniaga dan usahawan Melayu Islam yang berjaya dan kaya raya tetapi merasa sungguh senang hati melihat musuh-musuh Islam mengaut keuntungan besar dari poket-poket kita.

Apakah jenis Islam kita? Apakah jenis Iman kita? Apakah jenis Taqwa kita?

Atau anda hanya seorang Islam yang mealung-laungkan Allahhuakbar!!! sekuat guruh di langit, tetapi masih tidak mampu meninggalkan tabiat “membantu” Yahudi.

Kita masih melihat di pasar-pasar, orang yang berserban besar, berjubah labuh masih tidak rasa apa-apa membeli barangan keperluan di kedai non-muslim sedangkan kedai “orang kita” hanya dipintu sebelah saja.

Bagaimanakah ekonomi orang Islam akan maju jika kita orang Islam sendiri tidak mampu mengubah tabiat berbelanja di pasar-pasar bukan milik orang Islam.

Marilah kita sama-sama mengubah senario yang tidak menguntungkan Islam ini dengan istiqamah kerana sesungguhnya ramai yang berkata membantu ekonomi umat Islam itu adalah sebahagian dari jihat. Jihat Ekonomi??

Advertisements