Harap Maklum Blog Ini Telah Berpindah

Klik Sini

Advertisements

Peristiwa hari ini mencatatkan Ketayap Putih memenuhi ruang Dewan Perbandaran Teluk Intan Bandar Baru Teluk Intan. Suasana meriah dengan pakaian dan hiasan pentas yang berwarna-warni kecuali ketayap yang tidak bertukar dari warna putih.

Inilah pertama kalinya Ketayap Putih (pada hemat saya) mengadakan Mesyuarat Agongnya di sebuah dewan berhawa dingin yang indah setelah 35 tahun bermesyuarat di Markaz PAS Kampung Padang Tembak yang serba kekurangan.

Walaupun alat penghawa dingin tidak berfungsi sehingga kira-kira jam 12.00 p.m. tidak seorang pun yang bangun membuat “komplen” secara terbuka. Mungkin kerana tidak sedar alat penghawa dingin tersebut tidak berfungsi.  Atau orang PAS dah memang biasa berpanas berhujan jadi mereka tidak kisahkan itu semua.

Antara acara yang menarik dalam Mesyuarat Agung kali ini ialah penyampaian sijil peghargaan kepada pejuang-pejuang Islam yang telah memberikan sumbangan yang bukan sedikit kepada PAS Teluk Intan khususnya dan Parti Islam Semalaysia amnya.

Penyampaian dilakukan oleh YB Dato Mahfuz Omar, Ketua Penerangan PAS Pusat.

Mereka telah berkorban harta benda dan tenaga serta akal fikiran dalam usaha menjadikan PAS sebagai sebuah parti yang berpengaruh seperti sekarang.

Mudah-mudahan kekuatan dan pengaruh ini akan semakin ditingkatkan dengan meneroka “pasaran” baru seperti yang disebut oleh YB Dato Mahfuz.

Kalau dulu PAS hanya bergelut untuk berdakwah dan memenangi hati pengudi Melayu, tetapi dalam era baru ini PAS mesti mengambil kesempatan yang semaksima mungkin memenangi “market” baru ini, kerana mereka telah menunjukkan minat yang sangat baik untuk mendalami Islam.

Ini ditunjukkan oleh kepimpinan bukan Islam yang secara terbuka mengkaji dan berhujah dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran. Walaupun pada suatu masa dahulu mereka sangat fobia dengan Islam lebih-lebih lagi PAS. (Saya kira inilah yang dimaksudkan oleh Tuan Guru Nik Aziz dalam setiap ceramahnya, Islam boleh dipimpin oleh siapa sahaja tidak kira bangsa)

Perkara ini juga disentuh oleh salah seorang perwakilan yang memohon supaya ahli-ahli PAS membuka minda seluas-luasnya dan tidak  meletakkan tanggungjawab membuat keputusan hanya kepada AJK dan kepimpinan semata-mata.  Sebenarnya yang “Super Power” dalam sesuatu organisasi ialah ahli-ahli bawahan yang boleh diserlahkan dalam Mesyuarat Agong.

26-4-2009-1-47-47-am_04272

26-4-2009-1-55-10-am_0439================================================================================

Dalam ucapan penanguhan, wakil Kelab Penyokong PAS Teluk Intan telah memberi pujian kepada PAS amnya dan YB Anuar Sudin khususnya kerana mengambil berat akan hal ehwal kebajikan masyarakat di DUN Changkat Jong. Bagi mereka bukanlah bantuan wang ringgit yang menjadi keutamaan, tetapi kesediaan YB Anuar turun padang bersama rakyat marhain itulah yang menyentuh hati mereka.

26-4-2009-12-19-43-am_0374

Juga menyentuh hati YB

26-4-2009-12-57-40-am_04051

Ya Allah menangkanlah Islam… Amin….,

26-4-2009-2-00-40-am_0455

25-4-2009-10-54-28-pm_03351

YB Anuar Sudin ADUN Changkat Jong

 

25-4-2009-11-16-07-pm_03542

25-4-2009-11-16-15-pm_03551

Saf Kepimpinan PAS Kawasan Teluk Intan

  26-4-2009-12-33-37-am_0384

 

Dewan Muslimat

  

26-4-2009-12-33-08-am_03811

 

Dewan Pemuda

 

25-4-2009-11-00-44-pm_0348

26-4-2009-12-33-52-am_0385

25-4-2009-11-48-01-pm_0365

26-4-2009-1-03-38-am_0416

Para Perwakilan

 

26-4-2009-1-57-00-am_0447

26-4-2009-2-01-01-am_0457

 

 25-4-2009-10-50-30-pm_03241

 

 

 

 

Setelah mendengar bacaan ini, adakah anda tak merasa apa-apa? Jika demikian hati anda memang sangat keras!!

Atau anda turut menangis dalam kesyahduan kerana mengenangkan dosa-dosa yang banyak kita lakukan?

Kalau begitu bersyukurlah anda……

amy_nik-webMursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak dapat menahan kesedihan apabila terharu dengan penghijrahan artis-artis di negara ini yang semakin meminati Islam terutama Amy Serch.

Beliau yang merasmikan Himpunan Belia sempena Jubli Emas Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan itu tidak dapat menahan sebaknya apabila mengingatkan penghijrahan artis-artis dan golongan seni yang kini semakin ramai berminat pada Islam begitu menyentuh perasaannya.

“Tiada siapa yang menyangka artis dari kumpulan rock kini telah menjadi ‘ikon’ baru kepada remaja membawa mesej yang baik kepada golongan remaja.

“Perkara itu langsung tidak pernah terfikirkan oleh sesiapapun, namun jika itu kehendak Allah apapun boleh berlaku,”ujarnya

Beliau berkata demikian kepada berucap pada majlis itu yang diadakan di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-1V, di sini yang berakhir tengahari tadi.

Beliau turut menghayati tiga buah lagu yang disampaikan oleh Raja Rock Malaysia itu iaitu ‘Tiada Lagi’, ‘Menteri Di Ufuk Timur’ (yang ditujukan khas buat Nik Aziz) dan Isabella.

Keadaan cuaca yang tidak begitu panas memberi peluang peminat Amy Serch untuk mengikuti persembahannya dengan mudah.

Memandangkan majlis berkenaan diadakan pada siang hari, peminat Amy dapat melihat wajahnya dengan lebih jelas lagi.

Sempena program yang bertemakan ‘Jom Sertai PAS’ itu juga, vokalis kumpulan rock ‘Arrow’ Renggo atau nama sebenarnya Mohd Zin Ramli, 40 telah membaut kejutan apabila secarah sah menyertai PAS hari ini.

amy_minat-weBeliau menyerahkan sendiri borang keahlian itu kepada Nik Aziz di atas pentas sebelum majlis berkenaan berakhir.

Turut menyaksikan majlis yang penuh ceria itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS, Datuk Ahmad Yaacob, anggota exco kerajaan negeri Haji Abdul Fatah Mahmood, Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah di samping beberapa orang pimpinan peringkat parti.

Renggo yang berasal dari Tanah Merah Kelantan juga terkenal dengan jolokan raja syahdu adalah antara 50 orang golongan belia lain yang turut menyertai PAS sempena majlis yang julungkali pernah diadakan di peringkat negeri itu.

Bagaimanapun Amy Serch yang juga turut bersyukur dapat bersama lagi dengan Tuan Guru yang menjadi ‘idolanya’ belum berbuat demikian.

Katanya, untuk ketika ini beliau ingin kekal imejnya sebagai seorang penyanyi rock dengan tidak menyertai mana-mana parti politik.

“Namun pada masa hadapan saya belum dapat tentukan lagi keadaan saya, jika itu (sertai PAS) kehendak Allah tidak mustahil saya akan berbuat demikian,”ujarnya.

Amy ketika berucap pada majlis itu turut menceritakan saat mula beliau bertemu dengan Nik Aziz yang turut hadir ke restorannya Cheng Ho di Kuala Lumpur.

Selepas itu bertemu lagi di tanah suci Mekah selepas tiga hari berada di sana untuk menunaikan umrah.

“Pada 19 April nanti Tuan Guru akan mengerjakan umrah lagi, sepatutnya saya juga akan ke sana, namun memandangkan keadaan tidak mengizinkan, saya terpaksa memilih tarikh lain,”ujarnya lagi. – Siasah

3188056878_645fe8a6fa

Lihat pada gambar di atas, betapa bersungguhnya insan yang merekacipta banner tersebut.  Untuk membuat banner sebegini rupa bukanlah mudah.

Banner ini terdapat di mana-mana saja terutama di blog-blog pejuang-pejuang Islam.

Tapi anda sebagai pembaca hanya melihat… dan berlalu pergi……

Tanpa ada sedikit pun niat untuk menyahut seruan memboikot barangan Israeil atau barangan yang ada “related” dengan Israeil.

Begitukah lemahnya kita?

Kita masih ada rasa iri hari dan dengki jika melihat peniaga dan usahawan Melayu Islam yang berjaya dan kaya raya tetapi merasa sungguh senang hati melihat musuh-musuh Islam mengaut keuntungan besar dari poket-poket kita.

Apakah jenis Islam kita? Apakah jenis Iman kita? Apakah jenis Taqwa kita?

Atau anda hanya seorang Islam yang mealung-laungkan Allahhuakbar!!! sekuat guruh di langit, tetapi masih tidak mampu meninggalkan tabiat “membantu” Yahudi.

Kita masih melihat di pasar-pasar, orang yang berserban besar, berjubah labuh masih tidak rasa apa-apa membeli barangan keperluan di kedai non-muslim sedangkan kedai “orang kita” hanya dipintu sebelah saja.

Bagaimanakah ekonomi orang Islam akan maju jika kita orang Islam sendiri tidak mampu mengubah tabiat berbelanja di pasar-pasar bukan milik orang Islam.

Marilah kita sama-sama mengubah senario yang tidak menguntungkan Islam ini dengan istiqamah kerana sesungguhnya ramai yang berkata membantu ekonomi umat Islam itu adalah sebahagian dari jihat. Jihat Ekonomi??

1-3-2009-9-14-08-am_0067Zambry juga mengesahkan bahawa Nizar telah menyatakan hasratnya untuk membida kereta Toyota Camry 2.4V bernombor pendaftaran AGS10 yang digunakan oleh bekas Menteri Besar itu sebelum ini. “Walaupun ada pembida yang lebih tinggi, kita kena faham beliau adalah bekas seorang Menteri Besar. Oleh kerana dia nak pakai… dia nak beli kereta itu, kita bagi keutamaan kepada dia.

Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan beliau membeli kereta Toyota Camry yang sedang digunakan dari Kerajaan negeri Perak seperti yang dilaporkan media.

Menurutnya kereta itu akan terus digunakan sehingga kes mahkamah berhubung permohonannya mencabar kesahihan perlantikan Datuk Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar Perak diputuskan.

Kerajaan haram UMNO-BN negeri Perak baru-baru ini telah mengambil tindakan melelong kereta-kereta Toyota Camry yang digunakan oleh para exco Pakatan Rakyat termasuk kereta yang digunakan Nizar atas alasan tidak menghargai kereta buatan Malaysia.

Nizar menjelaskan bahawa tatkala Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri Perak, barisan exconya “diwariskan” dengan Perdana V6 yang telah digunakan dengan teruk selama empat tahun setengah oleh pemakai sebelumnya. Pada ketika BN telah meluluskan pembelian kereta baru. Selepas menunggu selama 10 bulan, kami menukar kereta baru pada Januari 2009. Justeru mesyuarat exco kerajaan di bawah pimpinannya telah membuat keputusan untuk membeli kereta Camry, kereta yang agak elok dan berpatutan.

Mengulas hal yang sama exco negeri Kelantan, Datuk Husam Musa menganggap tindakan melelong kereta Camry adalah gimik politik murahan kerajaan UMNO-BN Perak yang merugikan kerana kereta itu baru dibeli.

“Yang penting ialah membetulkan semula perjalanan negeri Perak. Terlalu banyak isu-isu yang belum dapat diselesaikan hasil dari kerajaan Perak diambil-alih di luar undang-undang dan Perlembagaan negeri Perak,” tambahnya. TVPAS/Greenboc http://greenboc.blogspot.com

Mohon bantuan kepada sesiapa yang ada terjumpa Nurhidayah Binti Surip (umur 11 tahun) yang telah hilang dari Asrama Anak Yatim Darul Kifayah, Tmn Koop Polis, Gombak sejak hari Isnin 6 April 2009 .

Jika ada maklumat sila hubungi : Abdul Razak Bin Salim HEP Politeknik Johor Bahru 0177011038 / 0169326003 atau Sjn.Dalila IPK Kuala Lumpur. juga saya mohon bantuan sebarkan maklumat kepada rakan-rakan terutamanya di sekitar KL

idah1

idah4

idah10

jom-heboh

IPOH, 24 April (Hrkh) – Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur (DPPK IT) kesal dengan kelulusan yang telah diberikan untuk penganjuran Konsert Jom Heboh TV3 yang bakal diadakan di Pengkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Lumut pada 25 dan 26 April ini.
Demikian dinyatakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Ipoh Timur, Salman Salleh dalam kenyataan akhbarnya semalam.

Menurutnya merujuk kepada keputusan Majlis Mufti-Mufti Malaysia yang dibuat pada 30 Julai 2004 memutuskan bahawa konsert “Sure Heboh” (sebelum ditukar nama Jom Heboh) TV3 adalah haram kerana ia melalai dan menggalakkan maksiat di kalangan anak-anak muda.

Beliau melahirkan rasa kesal dengan sikap Dato’ Seri Dr Zambry Abdul Kadir kerana tidak mendapatkan nasihat terlebih dahulu daripada Mufti Perak, Dato’ Seri Haji Harussani Zakaria berhubung perkara tersebut.

“Pemuda PAS Ipoh Timur memohon agar pihak Kerajaan Negeri memperjelaskan kelulusan yang telah diberikan tanpa mendapat nasihat daripada Mufti Perak dan Jabatan Agama Islam Perak,” katanya.

Beliau turut meminta supaya pejabat Mufti Perak dan Jabatan Agama Islam Perak memberikan garis panduan yang jelas kepada Kerajaan Negeri tentang konsert yang boleh diadakan di masa akan datang. – mns_

KUALA LUMPUR, 24 April (Hrkh) –“Seolah-olah macam dia Perdana Menteri pula sekarang ini.”

Demikian pandangan yang dikemukakan oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa kepada Harakahdaily dalam satu wawancara semalam.

Menurutnya, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini dilihat mempunyai pengaruh ke atas Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak.

“Saya melihat unsur mempengaruhi itu ada dalam kabinet Najib ini.Mutakhir ini saya tengok makin banyak kelibat Tun Mahathir di atas pentas.

“Dia juga buat kenyataan dalam akhbar, hadir dalam program-program besar kerajaan dan mendapat liputan yang agak menyerlah di dalam media.Seolah-olah macam dia (Mahathir) pula PM sekarang ini,”jelasnya.

Dalam pada itu, Nasharuddin dalam mengulas mengenai kabinet ‘Mesra Rakyat’ yang dibentuk Najib menjelaskan, memang wujud pertikaian terhadap anggota kabinet yang dilantik.

“Berkenaan kabinet mesra rakyat,bagi saya ada lagi yang boleh dipertikaikan terutamanya pelantikan mereka yang telah ditolak oleh rakyat, dalam kabinet hari ini mereka bukan sahaja ditolak oleh parti tetapi rakyat.

“Tanpa saya menyebut nama sesiapa pun menteri atau timbalan menteri, kita semua sudah mengenai hal tersebut.Ada di kalangan menteri atau timbalan menteri yang dilantik itu yang menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat,”jelasnya lagi.

Tambahnya, memang tidak dapat dinafikan bahawa ada perubahan yang mahu atau cuba dibuat oleh Najib dalam peringkat awal pemerintahannya.

“Tetapi saya rasa masih terlalu awal untuk dinilai sama ada positif atau sebaliknya perubahan yang cuba diusahakan Najib,”tegasnya. – mks.